Sunday, 20 March 2011

Terkena lagi

Pertengahan taun lepas masa aku still keje kat company lama aku,
aku ada 1 experience yang aku rasa agak kurang asam gak r terjadi pada diri ini,

betul2 berhadapan dengan office tempat aku kerja ni adalah sebuah Masjid yang gak besar berada betul2 di atas sebuah bukit,
dengan seni rekaan moden ala-ala negara China berwarna merah,
cantik Masjid ni cuma aku kurang pasti kenapa Masjid ni diwarnakan dengan warna merah,

aku pun not really sure asal masjid tu direka sedemikian rupa,mungkin juga disebabkan faktor kawasan tu lebih banyak didominasi punduduk berketurunan cina berbanding melayu.

Sejuk hati kan..?Masjid betul2 kat depan office,kalau Azan tu jelas kedengaran,nak gi solat pun senang..erk...huhu~~

tapi bukan pasal masjid yang aku nak cerita,biasa la kan..setiap cerita mesti kena ada mukadimah asal..betul x..?lagipun secara x langsung masjid tu ada kena mengena dengan cerita yang aku nak share dengan korang ni..


Satu hari masa aku nak balik dari keje,tengah elok aku dok kunci2 pintu office tu,(biasa la,nama je keje office,tapi bukan bos pun..kuli aje..tukang phothostat keratas je ) aku didatangi seorang lelaki berpakaian lusuh,er..budjet aku lam ati..ni x lain pengemis r ni..or x pun pemintak sedekah..eh x ke sama keduanye..argh..lupakan..

"dik,tolong abang dik..abang kena halau" kata lelaki tersebut serius dengan muka sedih
"sal bang" jwabku ringkas..aku pun x tau asal..dlm ramai2 yang dok depan office tu,lelaki tu ley meluru kat aku dulu..Mungkin kah sebab aku paling jambu kat situ..? jawapanya semestinya tidak..hahaha~~


"Mcam ni,semalam abg tido kat masjid depan tu,diorang halau abang dik,diorang kata dah 3 hari kau tido sini,arini ko x ley ada kat sini lagi..Abg ni baru je kua dari hospital 3 hari yang lepas (sambil menunjukkan tag kat tangan dia) ni nak balik melaka,tapi abg ada 5 ringgit aje..bley x adik bagi abang duit skit nak buat tambang balik melaka" cerita brother ni ngan bersungguh-sungguh sambil cube mengeluarkan air mata,tapi x keluar-keluar pun..


Aku agak simpati gak lah ngan cite brother sorang ni..Ea lah time ni maybe dia susah,mana tau esok lusa aku lak alami benda yang sama macam dia..mana kita tau kan..So tanpa byk soal  aku pun menghulurkan sekeping not berwarna merah kat dia..sebab mase tu aku pun nak cepat,
Sbb aku ada date kot mlm nanti..tiket wayang gua dah beli ni..kang lambat plak..

"tQ eh dik" kata brother tu berlalu pergi..
dalam ati aku cakap,boleh tahan brother ni siap speaking an aku..aha


Peristiwa tu cepat je aku lupakan dalam lipatan hidup aku,sebab benda2 yang x bagi impak yang besar dalam hidup aku ni jarang aku ingat..kalau list ex aku,aku ingat lah..hahaha


Selang 2-3 minggu selepas kejadian tu..

entah macam mana,kejadian ni berulang sekali lagi,cuma masa dan hari nye saje berbeza..
masih lagi dihadapan office..masa tu aku tengah dok lua sowang2 sbb tengah sedut nikotin sambil kat tangan tengah msg ngan someone..,

datang seorang brother ni..dengan cara dan cerita yang sama..dok mintaq aku tolong dia sebab katanya kena halau dari masjid and nak balik melaka,

And yang best nye tu..its a same guy yang aku jumpa dulu..Panas gak r aku masa tu..aku pandang je brother ni atas bawah,atas bawah..Rasa aku nak tumbuk2 je buku lali dia sebab dia dah kencing aku sebelum ni..
Pastu brother ni dah pandang aku semacam aje,maybe sebab dia dah terperasan yang dia pernah jmpe aku sebelum ni..habis merah padam muka dia..

"eyh,x pe lah kalau x nak tolong..tima kasih je la " kata brother tu and terus berlalu macam tu ajew..
Tu lah,dalam dunia ni jangan terlalu percaya kat orang kot,

sbb bagi ku pemintaq-pemintaq sedekah kat kl ni sume
nye pemalas nak keje,tahts y dyall mintaq sedekah..x pun didalangi sindiket tertentu..ala x kan korang x pnah kena yang datang kat korang cakap dari penang la,johor cakap nak bantuan pembinaan madrasah..pk logik babe,x ke jauh datang semata-mata nak mintaq bantuan,apa kat negeri korang x ada orang boleh tolong ke..bukan nak marah.cuma geram..start tu..sorry lah aku nak hulur dah..

hahaha~~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...